Panduan Solat Sunat Dhuha

Solat sunat dhuha adalah sangat dituntut. Sesetengah ulama berpendapat bahawa solat sunat dhuha mendatangkan keampunan dan kerahmatan Allah. Solat sunat ini dilakukan ketika matahari pagi sedang naik sekadar seperdirian di ufuk timur.

Bilakah waktu yang paling utama untuk mengerjakan solat sunat ini?
Masa yang paling sesuai ialah sekitar pukul sepuluh pagi. Ia boleh dilakukan sebelum tiba waktu subuh.

Apakah kelebihan orang yang mengerjakan solat sunat dhuha ini?
Allah menjanjikan kelebihan yang tidak terhitung banyaknya. Antaranya ialah seperti diberi keampunan, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan kehidupan di dunia dan di akhirat dan banyak lagi.

Sebagaimana yang diriwayatkan di dalam hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“Sesiapa yang menjaga (mengekali) solat sunat dhuha,nescaya diampunkan baginya segala dosa sekalipun dosa-dosanya seperti buih di lautan”

Berapa bilangan rakaat solat sunat dhuha?

Sembahyang ini boleh dibuat sekurang-kurangnya 2 rakaat 1 salam. Sebanyak-banyaknya 12 rakaat dengan setiap 2 rakaat 1 salam

Cara mengerjakannya:

Lafaz Niat – Sahaja aku sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Taala

CARA PERTAMA

Rakaat Pertama:
-> Baca Surah Al- Fatihah dan baca surah Al-Kafirun sekali.

Rakaat Kedua:
-> Baca Surah Al- Fatihah dan baca surah Al-Ikhlas sekali

CARA KEDUA

Rakaat Pertama:
-> Baca Surah Al- Fatihah, surah As-Syamsi dan Surah Al-Kafirun sekali

Rakaat Kedua:
-> Baca Surah Al- Fatihah,surah Ad-Dhuha dan baca surah Al-Ikhlas sekali

Dalam sujud yang terakhir baca doa yang bermaksud:

“Kurniakan padaku,wahai Yang Maha Mengurnia ilmu dan kebijaksanaan. Dan rezekikan daku,wahai Yang Maha Memberi Rezeki.Jadikanlah ianya bagiku mudah”

Doa Solat Sunat Dhuha

Ertinya: Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan yang mentadbir sekalian alam, sebagai puji yang banyak daripada hamba Mu,ya Allah.

Wahai Tuhan kami, sesungguhnya waktu dhuha, dhuhaMu. Cahaya pagi, cahaya Mu. Dan keelokkan, keelokkanMu. Dan kekuatan, kekuatanMu. Dan pemeliharaan,pemeliharaanMu.

Wahai Tuhan kami,jika ada rezeki kami di langit, turunkanlah ia. Jika ia di bumi,keluarkanlah ia. Jika ia adalah sukar,maka permudahkanlah. Jika ia adalah haram,persucikanlah ia. Jika ia jauh,perdekatkanlah. Jika ia sedikit,perbanyakkankah ia,dengan hak waktu dhuhaMu, dan cahaya pagiMu, dan pemeliharaanMu. Berikanlah kepadaku sebagaimana yang telah engkau berikan kepada hambaMu yang soleh.

Dan selawat dan salam ke atas penghulu kita Nabi Muhammad dan ke atas ahli keluarga Baginda dan sahabat Baginda semuanya. Dan segala puji bagi Allah, Tuhan yang mentadbir sekelian alam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *