Cara Menggunakan Whatsapp Di PC (Whatsapp Web)

Atiqah Azman May 7, 2016
2 people like this post

Sumber rujukan bagi penulisan artikel ini adalah diambil daripada panduan yang disediakan oleh laman web rasmi WhatsApp dan juga pengalaman sendiri penulis sebagai pengguna.

Apakah itu WhatsApp Web?

WhatsApp Web adalah sambungan di komputer untuk akaun WhatsApp yang ada didalam telefon mudah alih pintar (smartphone). Mesej-mesej yang dihantar dan diterima adalah selari (in sync) dengan mesej-mesej yang diterima di smartphone dan di komputer, dan kita boleh melihat semua mesej-mesej tersebut di kedua-dua peranti (devices) pada masa yang sama.

Apa saja yang kita lakukan di aplikasi WhatsApp di smartphone kita, secara automatik kita boleh lihat perkara yang sama di WhatsApp Web dan begitulah sebaliknya. Buat masa sekarang (sewaktu artikel ini ditulis), WhatsApp Web hanya boleh digunakan di  Android, iPhone 8.1+, Windows Phone 8.0 and 8.1,Nokia S60, Nokia S40 EVO, BlackBerry dan BlackBerry 10 smartphones.

WhatsApp Web dan WhatsApp di smartphone bukanlah akaun WhatsApp yang berbeza. Ia masih akaun yang sama cuma berbeza peranti sahaja.

Syarat-syarat minimum yang perlu anda ikut untuk menggunakan Whatsapp Web ini:

  • Anda haruslah mempunyai akaun Whatsapp yang aktif di telefon anda.
  • Anda perlu mempunyai sambungan internet yang stabil di kedua-dua smartphone dan komputer.
  • Anda perlu menggunakan pelayar web (web browser) Chrome, Firefox,Opera dan Safari  yang terkini di komputer anda.

Langkah-langkah menggunakan WhatsApp Web:

  1. Layari web.whatsapp.com di komputer anda.
  2. Buka aplikasi Whatsapp di smartphone. Sekiranya anda belum memiliki aplikasi ini, anda boleh memuat turun aplikasi tersebut di SINI.
    • Bagi pengguna Android: di bahagian skrin Chats  > Menu > WhatsApp Web.
    • Bagi pengguna Nokia S60 dan Windows Phone: pergi ke Menu > WhatsApp Web.
    • Bagi pengguna iPhone: pergi ke Settings > WhatsApp Web.
    • Bagi pengguna BlackBerry: pergi ke Chats > Menu > WhatsApp Web.
    • Bagi pengguna BlackBerry 10: Geser ke bawah dari bahagian atas skrin> WhatsApp Web.
    • Bagi pengguna Nokia S40: Geser ke atas dari bahagian bawah skrin> WhatsApp Web.
  3. Imbas QR code yang ada di komputer menggunakan smartphone anda.

Untuk melihat log masuk atau untuk log keluar dari sesi Whatsapp Web yang aktif, anda boleh membuka ruangan WhatsApp Web di smartphone anda.

Bagi mengelakkan caj penggunaan data di smartphone anda, anda disarankan untuk menggunakan Wi-Fi apabila menggunakan WhatsApp Web.

.

Saya sangat suka menggunakan WhatsApp Web sekiranya saya menggunakan komputer untuk menyelesaikan kerja. Selain daripada tidak perlu selalu memegang telefon, saya boleh set notifikasi untuk desktop supaya lebih mudah untuk melihat mesej-mesej baru yang masuk.

Anda boleh cuba WhatsApp Web ini.

Nantikan tutorial dalam bentuk video untuk cara-cara menggunakan WhatsApp Web dengan lebih terperinci di artikel yang akan datang.

Selamat mencuba.

atiqah signature

Category: Aplikasi Web, Whatsapp
  • 0
  • 68
Atiqah Azman

Leave your comment